Solat berjemaah adalah solat yang dilakukan secara beramai-ramai dalam satu tempat bersama dengan seorang imam. Solat berjemaah boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua orang di mana seorang sebagai imam dan seorang lagi sebagai makmum.
Hukum mengerjakan solat berjemaah ialah fardu kifayah bagi solat lima waktu. Manakala hukum berjemaah bagi solat Jumaat adalah wajib.
Ganjaran Bagi Mereka Yang Solat Berjemaah
Allah s.w.t telah menyediakan ganjaran bagi mereka yang mengerjakan solat secara berjemaah. Ia telah disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam beberapa hadisnya. Antaranya adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.”Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Rasulullah s.a.w bersabda;
Rasulullah s.a.w bersabda;
“Solat seseorang yang dikerjakan secara berjemaah, pahalanya melebihi solat yang dikerjakan secara sendirian di rumah atau di pasar dengan perbezaan pahala sebanyak 25 darjat. Yang demikian itu boleh diraih jika dia berwuduk dengan sempurna, lalu keluar menuju ke masjid yang tujuannya hanya untuk mengerjakan solat. Tidaklah dia melangkahkan kakinya (ketika menuju ke masjid), melainkan darjatnya akan ditingkatkan dan dosanya akan diampunkan. Jika dia telah mengerjakan solat, para malaikat akan tetap berselawat kepadanya selama mana dia masih berada di tempat solatnya dan belum berhadas. Para malaikat berucap: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keampunan kepadanya. Ya Allah, kasihanilah dia.” Dan dia dianggap mengerjakan solat selama kamu menunggu untuk mengerjakan solat.”Riwayat al-Bukhari
Galakan Menunaikan Solat Subuh Secara Berjemaah
Rasulullah s.a.w juga secara khususnya menyebut kelebihan menunaikan solat berjemaah pada waktu Subuh.
Muslim meriwayatkan daripada Jundub bin Sufyan r.a., beliau berkata;
“Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat solat Subuh (berjemaah), dia berada dalam lindungan Allah. Perhatikanlah, wahai anak Adam, berusahalah jangan sampai Allah mencabut perlindunganNya daripadamu akibat suatu kesalahan yang kau lakukan.“Riwayat Muslim
Mengambil Kira Keperluan Makmum
Solat berjemaah bukanlah untuk menyusahkan umat Islam. Malah di dalamnya ada hubungan kemasyarakatan yang amat baik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Apabila salah seorang daripada kamu menjadi imam maka hendaklah diringkaskan solatnya kerana di antara mereka (makmum) itu adalah yang tua, kecil, lemah, dan mempunyai berbagai hajat lain. Apabila seseorang di antara kamu solat seorang diri maka bolehlah dia memanjangkan sembahyangnya semahu-mahunya.”
Makmum Asbuk
Bagi makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah beserta imam pada rakaat pertama disebut sebagai makmum masbuk.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Apabila seseorang kamu datang bersolat sewaktu kami sujud, maka hendaklah kamu sujud, dan janganlah kamu hitung rakaat itu satu rakaat, dan sesiapa yang mendapat satu rukuk berserta imam maka ia telah mendapat satu rakaat.”
Jika makmum takbir sebelum imam rukuk, hendaklah makmum tersebut terus membaca al-Fatihah seberapa yang dapat. Jika imam rukuk sebelum dia sempat membaca al-Fatihah, maka makmum tersebut hendaklah terus rukuk mengikut imamnya.
Dalam hal makmum datang ketika imam sedang rukuk, maka makmum tersebut mestilah terus rukuk beserta tumakninah. Rakaat itu juga dikira.
KONGSIKAN TAZKIRAH INI
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Ketahui Hadis Sahih Rasulullah SAW Berkaitan Dengan Solat Berjemaaah"
Post a Comment