Sekeping gambar warga emas berwajah ala Asia mengucup dahi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud sewaktu lawatan Penjaga Dua Kota Suci itu ke Malaysia mula tersebar luas di laman sosial antarabangsa dan tempatan.
Memetik portal berita dari Arab Saudi, AlArabia.net, individu berkenaan adalah pendakwah antarabangsa Sheikh Hussain Yee berketurunan Cina dari Malaysia.
Memeluk Islam sewaktu berumur 18 tahun, Sheikh Hussein turut mendapat pendidikan Islam di Universiti Madinah sekitar tahun 1972 hingga 1978 bagi mendalami ilmu Hadis.
Di universiti berkenaan, beliau merupakan antara pelajar Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani yang merupakan penggerak amalan Salafi menurut tuntutan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sepanjang pengajian Sheikh Hussein di Madinah, Pengasas dan Presiden Yayasan Al-Khadeem di Malaysia ini juga mempunyai hubungan erat bersama Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Baaz.
Sebelum kembali ke rantau Asia sebagai antara penggerak kepada pengembangan dakwah Islam, beliau menyambung pelajaran di Damsyik, Syria sehingga 1979.
Menjadi Penasihat Pendakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada 1980, beliau pada masa sama juga bertindak sebagai Penasihat Pertubuhan Imigran Kemboja di Paris.
Pada 1984, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pusat Islam Hong Kong.
Portfolio beliau ini menajadikannya amat popular dalam kalangan penggiat media keislaman seperti TV Islam Channel London, Peace TV India, Iqra’ TV serta TV Bahrain.
Sumber – Malaysian Digest
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Siapakah Lelaki Berbangsa Cina Yang ‘Berani’ Mengucup Dahi Raja Arab Saudi Ini?"
Post a Comment