Pernah lihat bagaimana kaum wanita marah? Tak perlu lihat jauh, perhatikan kaum wanita sekeliling yang rapat dengan anda, sama ada ibu, kakak, adik perempuan mahupun pasangan. Takut tak?
Kaum wanita dan perubahan emosi memang tak dapat dipisahkan. Ketika emosi sedang berada di kemuncaknya, maka segala sifat buruk yang ada dalam diri wanita itu adakalanya sukar untuk dibendung. Lebih parah lagi, apabila rasa malu yang sinonim dengan sifat individu berjiwa halus ini juga boleh hilang apabila emosi mula bermaharajalela dalam diri.
Hmm… tapi kaum lelaki pun ada juga masanya apabila mereka beremosi. Cuma, ruangan artikel ini berfokus pada emosi wanita yang tak kurang bahayanya jika tak dikawal dengan baik.
Antara situasi atau keadaan yang biasa kita lihat apabila seseorang itu tidak mampu memgendalikan emosinya;
#1 – Dilempar barang-barang yang ada berdekatan dengannya atau sekitarnya. (Kalau benda tajam seperti pisau itu lagi bahaya, tak pasal-pasal ada yang menempah maut. Nauzubillah).
#2 – Berkata dengan nada dan bahasa yang kurang sopan. (Bila sedang marah, macam-macam perkataan boleh keluar).
#3 – Menangis dan menyesal yang amat sangat. (Berbulan-bulan menangis, bahkan ada yang memakan masa hingga beberapa tahun. Come on girls, move on!)
#4 – Menyimpan dendam dan merancang untuk berbuat jahat kepada orang yang menyakiti hatinya. (Hati-hati ya, ada juga golongan wanita sebegini. Maknanya, dia makan dalam sangat tu. Sebab itu, tak mustahillah ada yang sanggup upah bomoh sana sini untuk mengenakan individu yang dibencinya. Nauzubillah)
#5 – Terlibat dengan aktiviti kurang sihat, seperti clubbing, pergaulan bebas, teguk minuman syaitan, ambil dadah dan sebagainya).
#6 – Bunuh diri (Astagfirullah, yang ini memang tak boleh nak kata apa. Sangatlah bahaya. Bahkan, Islam turut melarangnya).
Terfikir juga, mengapa golongan ini sering dikaitkan dengan emosi? Antara penyebab berlakunya perubahan emosi dalam kalangan wanita adalah;
#1 – Stress
Setiap wanita dilahirkan dalam lingkungan kehidupan yang berbeza. Jadi, tekanan yang dihadapi dalam hidupnya juga berbeza.
#2 – Pusingan Haid
Setiap bulan, paling kurang tiga hari atau sehari semalam, para wanita akan mengalami pusingan haid yang sudah menjadi fitrah semulajadi golongan ini.
Dalam tempoh ini, banyak perubahan berlaku pada diri wanita itu antaranya cepat berasa letih, perut cepat kembung, masalah jerawat di muka dan sebagainya. Ini tak termasuk mereka yang mengalami istihadah, ujiannya dua kali ganda berbanding wanita yang mengalami kitaran haid normal.
#3 – Perubahan Hormon
Terdapat dua hormon penting dalam tubuh wanita yang mempengaruhi perubahan emosinya iaitu hormon estrogen dan progesteron. Sekiranya kedua hormon ini tak seimbang, ia akan menyebabkan perubahan mood pada wanita tersebut.
#4 – Perubahan Fasa Dalam Kehidupan
Ada tiga fasa dalam hidup wanita yang mempengaruhi emosinya, iaitu pusingan haid (seperti point nombor 2), fasa selepas bersalin dan fasa selepas menopaus (putus haid).
#5 – Sifat Semula Jadi Manusia
Ada juga wanita yang dilahirkan dengan sifat semula jadinya cepat panas baran, mudah marah dan sensitif tetapi hanya kira-kira 10% saja. Ini kerana, kebanyakan wanita memang diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk lelaki yang bersifat lemah lembut, penyayang dan perlu dilindungi.
Mungkin, sebab inilah wanita tidak dianjurkan untuk menjadi pemimpin kerana bimbang emosi yang akan membimbingnya kelak, bukan akal. Namun, tak dinafikan kini ramai wanita bekerjaya seiring dengan kaum adam.
Nasihat baginda Nabi SAW,
Nasihat baginda Nabi SAW,
“Jangan marah, bagimu syurga.”
(Hadis Riwayat Tabrani)
Subhanallah, pesanan yang cukup ringkas tetapi punyai maksud yang mendalam. Cara lain untuk mengendalikan emosi ini antaranya;
#1 – Membaca Ta’awuz
Memohon perlindungan supaya dijauhkan daripada syaitan.
“Apabila seseorang marah, kemudian membaca ‘auzubillahi’ (aku berlindung kepada Allah), maka marahnya akan reda.(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
#2 – Diam Dan Menjaga Percakapan
“Jika kalian marah, diamlah.”(Hadis Riwayat Ahmad)
#3 – Mengubah Posisi dan Kedudukan
“Apabila kalian marah dan berada dalam keadaan berdiri, hendaklah kalian duduk, kerana ia akan meredakan kemarahan. Jika marah belum hilang, hendaklah tidur.”(Hadis Riwayat Ahmad)
#4 – Mengambil Wuduk, Solat Dan Membaca Al-Quran
Tiga perkara ini antara perkara yang boleh menenangkan hati dan fikiran seseorang yang sedang berkecamuk. Jika tiga perkara ini masih tak mampu untuk mengawal emosi anda, maka menangislah dan check hati.
Mudah-mudahan, perkongsian ini dapat membantu kita untuk tergolong dalam kalangan mereka yang mampu mengawal emosi.
“Sesiapa yang menahan emosinya, maka Allah akan menutupi kekurangannya. Sesiapa yang menahan amarahnya, walhal dia boleh melakukannya sekiranya mahu, maka Allah akan penuhi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat.”(Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Marina M. Arus
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Duhai Penyeri Dunia, Tahanlah Amarahmu !! "
Post a Comment