Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksud. Ringkas & Senang Ingat





















Dari segi bahasa, doa berasal dari kata “da’a” artinya memanggil.

Jika menurut istilah syarak, doa bermaksud perbuatan memohon sesuatu yang bermanfaat dan mencegah daripada sesuatu yang memudaratkan.

Menariknya, perkataan ‘doa’ juga disebut dalam Al- Qur’an di beberapa tempat, seperti yang dijelaskan dalam laman web pendidikan ini.
Antaranya dengan membawa makna seperti berikut:

1. Perkataan atau Keluhan (Surah Al Anbiya: 15)



Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.

2. Panggilan atau seruan (Surah Ar-Rum: 52)


(Maka janganlah engkau berdukacita – wahai Muhammad – terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).

3. Meminta pertolongan (Surah Al-Baqarah: 23)



Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Kenapa Perlu Berdoa?

Walaupun tujuan utama berdoa adalah mendekatkan diri kepada Allah, memang tidak dinafikan, manfaat doa begitu besar dalam kehidupan manusia.

Dengan doa, pelbagai jenis emosi dapat dikendalikan. Dengan doa, ada harapan yang terbentang. Doa juga menjadi penyejuk pada saat menghadapi musibah.  Dengan doa, kita punya keazaman untuk memperbaiki diri.

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi”.
(Hadis Riwayat Hakim)

Dari Hadis di atas, ternyata doa adalah salah satu keistimewaan seorang Muslim yang Allah anugerahkan.

Perbuatan berdoa bukan sahaja memberi kekuatan, tetapi juga harapan dan tempat mencurahkan segala isi hati kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dalam setiap keadaan. Seseungguhnya doa juga adalah tempat kembalinya manusia setelah seharian melakukan usaha (ikhtiar).

Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksudnya

Selain doa dalam bahasa Arab, kita juga boleh berdoa sekadarnya dalam bahasa Melayu.
Di sini kami kumpulkan ayat-ayat doa selepas solat yang boleh dijadikan amalan beserta maksudnya.
Semoga ia lebih difahami, mudah diingati, dan dapat dihayati sepenuhnya.

1. Pembukaan doa:




2. Selawat Ke Atas Nabi:


3. Isi doa:










4. Penutup Doa:






*Doa Tambahan

Jika dah hafal, boleh ditambah dengan ayat-ayat ini pada pertengahan doa (sebelum penutup).











Doa Selepas Solat Fardhu Amat Mustajab

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”.
(HR Tirmizi)

Seperti yang kita tahu, doa selepas solat termasuk antara waktu berdoa yang paling mustajab.

Oleh itu, marilah kita memanfaatkan setiap waktu selepas fardhu untuk membaca doa.

Tidak perlu panjang, doa ringkas pun jadilah.

 Sumber: Sirap Limau

iklan berbayar




iklan

0 Response to "Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksud. Ringkas & Senang Ingat"

Post a Comment