KAEDAH MEMBACA SURAH AL-FATIHAH





Susunan : Us.  Yusof bin Salleh
                 GPI SMK Mahang


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah terkadang kita menyeru nama syaitan di dalam solat kita, sekiranya kita tidak berhati-hati. Berikut adalah nama-nama syaitan terlaknat yang wujud ketika tarsasar bacaannya didalam al-Fatihah,.

Nama-nama syaitan pada ejaan berhuruf besar;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya dulillah
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya hi rob
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ki yau
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ka nak
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ka nas
6. MUSTAKIIM (bila dibaca dengan kaaf) sepatutnya mustaqiim

Kesalahan yang kurang diberi perhatian ialah pada ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!.... Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya (dibaca dengan sabdu). Iya bermaksud 'matahari'.

AMIN setelah selesai al-Fatihah hendaklah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... ikut harakat pada mad aridhlissukun, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah.

Ada tiga cara membaca al-Fatihah berdasarkan pendapat ulamak tajwid iaitu:

1. Rasulullah saw membaca ayat demi ayat sebanyak tujuh ayat yakni baginda berhenti pada setiap hujung ayat.

2. Bacaan al-Fatihah menurut ulama Kufah iaitu membahagikan kepada empat bahagian yakni dengan membaca ayat satu yang dipanggil ayat mukadimah, manakala ayat dua disambung dengan ayat tiga dan empat dan dinamakan ayat puji-pujian. Ayat lima yang dinamakan pengakuan/ikrar dibaca tanpa disambung dengan ayat terdahulu dan selepasnya manakala ayat enam dan tujuh disambung dan ia dinamakan ayat permohonan/doa.

3. Bacaan al-Fatihah menurut ulama Basrah, iaitu membahagikan al-Fatihah kepada tiga bahagian iaitu ayat satu, dua, tiga dan empat disambung dengan digolongkan sebagai ayat-ayat puji-pujian; ayat lima yang dinamakan ayat pengakuan/ikrar tidak disambung, ayat enam dan tujuh yang dinamakan ayat permohonan/doa pula dibaca bersambung.

Jika dilihat pada cara membaca al-Fatihah oleh ulama Kufah dan Basrah, kedua-dua adalah serupa yakni ayat kelima tidak dibaca bersambung dengan ayat sebelumnya atau disambung dengan ayat selepasnya walaupun ayat-ayat lain disambung.

Hal-hal begini walaupun nampak kecil tetapi ia perlu diberi perhatian serius kerana al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam sembahyang. Tanpa al-Fatihah sembahyang tidak sah. Ertinya makmum yang was-was dengan cara bacaan al-Fatihah imam hafiz perlu memerhatikan cara penyambungan ayat-ayat al-Fatihah dibuat. Kalau dibaca ayat demi ayat tanpa sambung menyambung, ia menandakan dibaca cara bacaan Rasulullah saw. Yang jelas, membaca al-Fatihah cara Rasulullah saw adalah lebih afdal. Pun begitu perlu ditegaskan bahawa bacaan al-Fatihah secara rangkum dari awal hingga akhir oleh imam tidak sampai membatalkan sembahyang dan makmum tidak perlu melakukan mufarakah daripada berimamkan imam yang berbuat demikian.

Ketika membaca fatihah, kita digalakkan membaca secara wakaf satu ayat satu ayat. Ertinya 7 kali wakaf atau berhenti kerana Nabi membacanya secara wakaf. Tetapi masalahnya, ketika membaca ramai yang merasakan dia membaca secara wakaftetapi, sebenarnya dia membaca secara sakhtah, iaitu berhenti tanpa mengambil nafas yang baru untuk memulakan ayat yang baru, maka tidaklah sah bacaannya dan tidak sah solatnya.

Oleh itu, kita kena faham maksud bacaan secara wakaf. Apabila kita hendak membaca maka kita ambil nafas dan kita terus membacanya .


Contohnya begini.

1.[Ambil Nafas] dan baca Bismillaahirrahmaanirra hiiiiiimm.(1) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

2.[Ambil Nafas baru ] dan baca alhamdulillaahi rabbil 'aalamiiiiiin.(2) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

3.[Ambil Nafas baru ] dan baca Arrahmaanirrahiiiiiimm.(3) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

4.[Ambil Nafas baru ] dan baca Maalikiyau middhiiiiiinn.(4) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

5.[Ambil Nafas baru ] dan baca Iyyaakana'budu wa iyyaakanasta'iiiiiinn.(5) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

6.[Ambil Nafas baru ] dan baca Ihdinaoshirataol mustaqiiiiiimm.(6) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

7.[Ambil Nafas baru ] dan baca Siratoallazi na an'amta'alaihim 'airil maghdho bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn.(7) wakaf .[baki nafas dibuang)

Oleh yang demikian, jika kita baca tanpa wakaf dan membuang sisa baki udara yang ada dan menyambungnya tanpa kaedah washol maka bacaan kita salah .

Bagaimana cara nak washol , di sini dikongsi satu kaedah wasol dan wakaf iaitu berhenti pada akhir ayat .

Kaedah Washol Dan Wakaf Pada Surah al-Fatihah

1. [Ambil Nafas] dan baca Bismillaahirrahmaanirra hiiiiiimm (1) wakaf (wakaf tam). [baki nafas dibuangkan] akhir ayat 1.

2.[Ambil Nafas] dan Bacaalhamdulillaahirabbil'aalamiiNARrahmaanirrahiiMIMAalikiyaumiddhiiiiiinn. Wakaf (wakaf tam). [baki nafas dibuangkan) a.yat 2+3+4 akhir ayat 4.

3. [Ambil Nafas baru ] dan baca Iyyaakana'budu wa iyyaakanasta'iiiiiinn(5) wakaf (wakaf tam). [baki nafas dibuangkan] akhir ayat 5.

4. [Ambil Nafas baru ] dan baca Ihdinaoshirataol mustaqiiMASIratoallazi na an'amta'alaihim ghairil maghdho bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn.(7) ayat 6+7 wakaf (wakaf tam).[baki nafas dibuangkan] akhir ayat 7.

Hukum Tajwid Dalam Surah al-Fatihah

1. Mempunyai 141 huruf, 14 tashdid
2. Izhar 9 tempat
3. Mad Asli 12 tempat
4. Mad Aridhlissukun 7 tempat
5. Mad Lazim Kalimi Musakkal 1 tempat
6. Wakaf 23 termasuk wakaf qabih ( wakaf tam 4, wakaf jaiz 6, dan wakaf qabih 13 )


Rujukan :

1.Manarul Huda
2.Haqqul Tilawah

SUMBANGAN IKHLAS / WAKAF / ZAKAT
dialu-alukan untuk pembangunan dan program-program dakwah di Pusat Tarbiah Raudhotul ‘Ilmi
Akaun Bank Rakyat : 22-035-125070-9
Keterangan lanjut sila hubungi : No. H/P : 019-4642756 @ http//:ybs76.blogspot.com


iklan berbayar




iklan

0 Response to "KAEDAH MEMBACA SURAH AL-FATIHAH"

Post a Comment