Thursday, 2 March 2017
Hukum Solat Jumaat Bagi Wanita
HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT
Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim. Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].
Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.
Sabda Nabi SAW;
الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض
Maksudnya; “Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]
” Sabda Nabi SAW lagi;
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً
Maksudnya; “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”
Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].
Keadaan ini[dimaksudkan no 5] disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].
HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT
Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat? Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan,
ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;
1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias. Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].
Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib. *********************************************************************************
mengapa kali ni aku post entry ni?? sebab hari jumaat ari tu time nk wat discussion group,aku dapat soalan killer dari kwn2 aku non-muslim.....ni bukan kali pertama aku kena...sebelum ni aku dapat jgk mcm2 soklan drpd diorg...tp kali ini lain sikit....sbb kali ini susah aku nk explain kat kwn aku ni kasi dia faham... dialog kami : kwn aku : "aizuddin,hari ini kamu sembahyang jumaat kan?" aku : "yup" kwn aku: "sampai pukul berapa?" aku : "dari pukul 1 sampai pukul 2" kwn aku : " owhhh, semua kena ke?" aku : "laki sahaja" kwn aku : "perempuan?" aku : "tak" kwn aku : "kenapa pulak?" aku : ...... kwn aku : "mcm tak adil je" waktu tu aku hanya senyum je....wktu dia tyer aku "kenapa pulak?" aku nk jawab benda ni dah dinyatakan dalam hadis nabi...tp aku pikir2 balik kalu aku terangkan dekat dia...benda ni akan jadi lebih rumit sebab dia tak tau ape itu hadis,ape itu sabda nabi,hukum hakam dalam islam...... so aku xnk merumitkan lagi keadaan,aku decide utk senyapkan diri dan aku senyum dekat dia...aku x salahkan dia sbb dia tak faham agama Islam tu mcm mane....kita yg bertanggungjawab tuk bagi mereka sume faham...tp aku gagal kat situ...puas aku memikirkan utk bagi kwn aku ni faham dengan penjelasan yg simple....tp susah....takut2 dia salah faham atau aku salah utk menyampaikan ape yg aku tahu... tp syukur dengan soklan dia tu...aku menjadi lebih ingin tahu akan hukumnya.....dan aku cari hadisnya...dan jumpa...aku bertambah yakin dngan hukumnya... so maybe post ni jgk utk input para pembaca blog aku...mane tau tetbe dpt soklan mcm tu jgk kan....kita cuba kasi dia faham ttg agama kita....Islam itu syumul(sempurna)... maybe ada para2 pengkomen ingin berkongsi pengalaman atau ilmu dipersilakanlah utk komen yek....moga2 boleh jadi input berguna kepada aku jugak....Wassalam....
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Hukum Solat Jumaat Bagi Wanita "
Post a Comment