Cerita Di Sebalik Cinta Isteri Tabah Ini Memulihkan Suami Yang Menghidap Strok





Hidupnya berputar 180 darjah selepas suaminya mengalami strok setahun yang lalu. Hingga hari ini, dia masih cekal dan sabar menemani suaminya menjalani proses rehabilitasi.
intrend 243
Sumber foto: Facebook Raudzah Arippin 
“PENJAGA pesakit, tugas mereka tidak ada awal dan tidak ada akhirnya. Tugas itu berterusan tanpa henti, 24 jam saban hari,” ujar Puan Raudzah Arippin, jurufoto, pemilik merangkap pengasas Uda Arifin Photography.
Jika anda bertanyakan kepada kami, siapa Raudzah Arippin, ini jawapan kami. Kami berbesar hati mengangkat kisah suri teladan luar biasa ini. J
Hidupnya berputar 180 darjah selepas peristiwa suaminya mengalami stroke setahun yang lalu. Apabila suaminya bertukar status menjadi insan OKU (Orang Kelainan Upaya), perjalanan hidup Puan Raudzah sekeluarga tidak lagi seperti dulu. 
14225514_10154417540255502_6995695510080262031_n
Namun apa yang boleh kita teladani dan sematkan sebagai inspirasi di sini adalah nilai-nilai positif yang sentiasa dipegangnya. Bagaimana semua tenaga yang baik itu terserlah dengan jelas dan indah dalam setiap status Facebook yang dimuat naiknya. 
Bukan sekadar bercerita, yang terpenting adalah perkongsian demi perkongsian tentang proses pemulihan dan rehabilitasi yang dilalui Puan Raudzah Arippin bersama suami.
Semua catatan itu menjadi rujukan berguna buat ribuan netizen yang membacanya. Kami kongsikan kepada anda, momen-momen penting Puan Raudzah Arippin mengharungi proses penyembuhan suaminya, Encik Muhammad Idzwan Othman. 
Bila suami saya sudah sampai tahap ini, kadang-kadang datang fikiran yang tidak sabar. Bilalah kaki kiri nak boleh ‘lock’ sendiri. Berapa lamalah nak kena guna backslab ni. Bilalah nak boleh naik turun tangga ni.
Allahu.
Saya duduk bertenang dan berfikir semula.
Dulu masa dia terlantar tidak sedar, saya doa sangat, Ya Allah sedarkan suami aku. Izinkan dia buka mata semula. Bila sudah sedar, kita doa pula biar cepat buka tiub makan, cepat buka tiub kencing, cepat off tiub tracheostomy. Semua Allah makbulkan.
Doa pula biar pinggang dia bertahan waktu duduk, Allah makbul juga. Perlahan-lahan sudah boleh duduk lama. Doa pula kaki dia makin kuat supaya boleh berdiri, juga Allah makbulkan.
Semua Allah makbulkan. Semua.
Antara catatan harian beliau yang di update di laman facebook-nya.
intrend-4-02-17-pm_1
Ikuti lagi catatan penuh Puan Raudzah dalam menghadapi ujian ini di laman Facebook beliau, Raudzah Arippin.
Sumber Asal : Intrend.com.my


iklan berbayar




iklan

0 Response to "Cerita Di Sebalik Cinta Isteri Tabah Ini Memulihkan Suami Yang Menghidap Strok"

Post a Comment