‘Maka dapatkanlah wanita yang taat beragama, nescaya kamu akan beruntung.’
Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah, tetapi siapakah yang dikatakan wanita solehah itu? Bagaimana pula untuk kita mengenal ciri-cirinya?
Allah SWT berfirman:
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.”An-Nisa: 34
Maka itu, melalui ayat suci ini ciri utama seorang wanita atau isteri yang solehah adalah yang mentaati RabbNya dan mematuhi suaminya, apatah lagi bagi mereka memelihara diri ketika suaminya tiada bersama (sedang berpergian).
Oleh yang demikian ciri seseorang wanita solehah itu haruslah yang memelihara maruah suaminya iaitu dengan menjaga diri dan harta suaminya itu. Selain dari mentaati suami, apakah lagi ciri-ciri wanita solehah ini?
Terdapat kisah sewaktu berlakunya permasalahan antara Rasulullah SAW dengan isteri-isteri Baginda, sehinggakan Baginda bersumpah untuk tidak mencampuri mereka selama sebulan ;
Allah SWT lalu menurunkan ayat;
“Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, Muslimat, Mukminat, Qanitat, Taibat, Abidat, Saihat dari kalangan janda ataupun gadis.”At-Tahrim: 5
Lalu, dalam ayat ini disenaraikan beberapa sifat wanita dan isteri yang solehah, iaitu;
1. Muslimat
Wanita-wanita yang ikhlas kepada Allah SWT dengan tunduk kepada perintahNya dan suruhan RasulNya.
2. Mukminat
Wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah SWT.
3. Qanitat
Wanita-wanita yang taat.
4. Taibat
Wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa dan kembali kepada perintah Rasulullah SAW walaupun harus meninggalkan segala kesenangan nafsu mereka.
5. Abidat
Wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah SWT (dengan mentauhidkanNya)
6. Shoimat
Wanita-wanita yang berpuasa.
Sesungguh mana-mana wanita yang sentiasa melakukan segala suruhan agama dan meninggalkan setiap larangan Allah pasti akan ditempatkan dalam kelompok wanita yang dirahmati dan diberkati.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda;
“Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.”Hadis Riwayat Ahmad
Sementalahan itu, mencari wanita solehah itu bukanlah mudah. Diibaratnya seperti mencari sebutir permata di celahan pasir yang bertabur, seakan sama tapi mungkin terpilih yang palsu. Wanita yang baik akan menjadi isteri yang solehah yang sama-sama memacu rumahtangga ke syurga. Lalu, isteri yang yang bagaimana yang layak menghuni syurga?
Firman Allah SWT;
“Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni surga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: ‘Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”(Hadis Riwayat An-Nasai)
Disimpulkan, ciri-ciri isteri solehah dalam ayat di atas adalah;
1. Wanita yang mempunyai kasih sayang dan sentiasa mencari keredaan suaminya.
2. Melayani suaminya dengan cara yang paling terbaik (sedia berkhidmat kepada suami) dengan menyiapkan segala keperluannya.
3. Menjaga rahsia dan amanah suami,
4. Selalu berpenampilan menarik di hadapan suaminya sehingga akan menyenangkannya.
5. Ketika bersama suaminya, wanita solehah itu tidak melakukan hal yang boleh menghalang suaminya untuk bermesra dengannya.
6. Sentiasa bersyukur akan segala kebaikan dan pemberian suami.
Seharusnya semua wanita mengambil berat akan sifat-sifat ini. Hal ini bukan sahaja menjamin kerukunan dan kebahagian sesebuah hubungan pernikahan, tetapi sebuah ukuran yang memberi saham kedudukan seseorang wanita di alam sana kelak. Wanita yang solehah dan diredhai suaminya sudah tentu dijanjikan nikmat syurga yang abadi.
Sesekali jangan dilupakan bahawa anak-anak yang baik dan soleh juga bermula dari wanita yang solehah. Lalu, wahai para pemuda, jadikanlah wanita yang memahami agama itu sebagai pilihan utama berbanding kecantikan, keturunan serta hartanya.
JOIN:‘Maka dapatkanlah wanita yang taat beragama, nescaya kamu akan beruntung.’
GROUP FACEBOOK DAKWAH RINDU DOT COM
iklan berbayar
iklan
0 Response to "6 Ciri Isteri Solehah Yang Disebut Allah"
Post a Comment