Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Kalau anak ataupun suami kita yang suka keluar malam, merayau dan tidak tahu balik awal ke rumah. (Jenis yang tidak tahu nak balik awal). Elok diamalkan doa ini supaya mereka melekat di rumah. Jarang keluar malam melainkan ke masjid/surau menghadiri kuliah agama.
Hilangkan tabiat yang tidak baik ini. Jika dibiarkan tanpa kawalan terutama anak anda mungkin akan terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sehat seperti merempit, menghidu gam dan sebagainya. Kalau anak perempuan lagi parah.
Doa ini boleh diamalkan selepas solat ataupun bacakan pada minuman dan makanan dan hidangkan kepada mereka. Tambatlah anak atau suami kita dengan doa ini melainkan jika mereka keluar untuk mencari ilmu agama. Moga-moga dipermudahkan-Nya.

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
iklan berbayar

iklan
Related Posts :
13 Amalan Rahsia Mempercepatkan Jodoh“Oh, dimanakah bakal imamku?” “Ahh, pabila terpandang dia, rusuk kiriku terus bergetar..” Itulah ant… Read More...
16 Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Semasa Haid Atau NifasIslam bersikap adil terhadap wanita. Walaupun beberapa ibadat diharamkan, wanita Islam yang sedang d… Read More...
Hikmah Menjadi Wanita BujangTanamkan keyakinan kepada Allah kerana memang itulah hakNya. Tanggungjawab kita adalah menjadi umat … Read More...
3 Panduan Dalam Islam Untuk Wanita Yang BekerjayaKeredaan suami dan tanggungjawab terhadap keluarga adalah kutamaan yang melebihi segalanya, yang pal… Read More...
Petanda Besar Kiamat DICERITAKAN DI DALAM AL QURAN Petanda Besar Kiamat | DICERITAKAN DI DALAM AL QURAN | Abe hanya berkongsi petanda… Read More...
0 Response to "Doa Untuk Suami Ataupun Anak-anak Yang Suka Keluar Melepak Malam Dan Lewat Pulang Ke Rumah"
Post a Comment