Malam ni saya nak cerita suatu benda yang istimewa yang boleh diteladani oleh kawan-kawan semua.
Tentang sangka baik dengan Allah.
Saya tak pernah jumpa lagi orang yang sangka baik dia tinggi kat Allah macam si "S" ni. Apa-apa masalah, yang keluar kat mulut dia, "Takpe Allah ada. Takpe Allah bagi nanti. Takpe Allah ganti."
Dulu masa takda duit tak pernah pun dia berzikir duit takda duit takda duit takda. Dia mesti cakap, "Takpe minta kat Allah. Allah bagi cukup nanti."
Hasilnya? Saya dapat lihat dia ada hubungan yang "istimewa" dengan Allah. Sepanjang saya kenal dia, apa yang dia nak semua dia dapat. Tapi dalam meminta masih tahu batas & tidak minta melebih-lebih. Bab anak dia mengaku dia mengalah. Dia pesan, Allah tahu bila nak bagi.
Saya nak share tips yang saya selalu nampak dia buat. Contoh pertama dulu dia nak syarikat kami ada gudang & ofis sendiri. Dia akan sebut hari-hari. "Tak lama lagi kita nak ada gudang & ofis ni." Bila kat rumah tiba-tiba dia akan masuk bilik dan cakap, "Ha I dah minta kat Allah tadi supaya bagi kita gudang & ofis." Cara dia minta dia selalu doa & solat 2 rakaat. Doa dia bukan atas tikar sejadah je. Tetibe tengah makan ke, main hp, tengah pakai baju, atau tengah drive, dia akan cakap, "Ya Allah, bagi la kami gudang dan ofis yang selesa tahun ni." Dia akan selalu sebut & akhirnya doa makbul walaupun dengan kondisi waktu itu sangat mustahil bagi kami.
Dan banyak lagi episod-episod ajaib yang saya lihat sendiri cuma biarlah saya simpan untuk pengajaran & pelajaran pada saya yang Allah itu dekat, sentiasa selalu sangka baik dengan Allah dan rajin minta. Kita ni semua hamba Allah yang miskin takda apa-apa. Memang sifat hamba adalah meminta.
Saya mengaku saya lemah. Saya sangka baik dengan Allah tapi kadang-kadang rasa diri tak layak dan selalu rasa Allah tak akan makbulkan doa saya. Mungkin di situlah hijabnya. Dulu zaman para sahabat r.hum bila mereka minta sesuatu dari Allah, dan mereka tak dapat, mereka akan jadi pelik dan akan check kat mana silapnya. Tapi zaman sekarang, bila dapat sesuatu kita jadi pelik pula. Itulah saya. Bila dapat nikmat apa-apa, rasa pelik sebab macam tak layak.
Pengajaran kat sini, apa yang kita selalu sebut & sangka adalah doa. Ini tidak boleh disangkal lagi. Jika setiap hari sentiasa berzikir duit takda, duit tak cukup, hidup susah, maka itulah yang Allah beri. Sangka baik dengan Allah tanpa ada sebarang tapi.
Dan akhir sekali belajar minta direct dengan Allah dahulu kemudian baru usahakan asbab. Mintalah apa pun hatta nak makan KFC esok hari sekalipun. InsyaAllah ini semua latihan untuk tambah sifat yakin kita pada Allah.
Saya pun lemah lagi. Saya harap dapat hidup bersama dengan dia lebih lama lagi untuk belajar macam-macam lagi tentang yakin pada Allah. Dari dialah saya belajar dan dapat rasa yang Allah ni dekat, mudah nak reach dan maha mendengar.
Tulisan asal,
Farihah Zulkifle
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Tentang sangka baik dengan Allah"
Post a Comment