Namun, tahukah anda apa hukum memberi duit raya kepada kanak-kanak yang sejak sekian lamanya menjadi adat orang kita? Seperti yang kita ketahui, apabila pemberian duit raya menjadi satu adat, maka kanak-kanak yang datang beraya di rumah kita hanya memasang niat untuk mendapatkan duit raya, bukannya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim atau untuk bermaafan.
Disebabkan itu, ramai yang mengatakan pemberian duit raya adalah bukan budaya Islam kerana tidak ada di dalam Al-Quran atau Hadis. Benarkah?
Menjawab persoalan itu, menurut Ustaz Azhar, memang betul dalam Islam Rasulullah tidak ada menyebut tentang pemberian duit raya. Namun, Rasulullah menganjurkan untuk saling memberi hadiah bagi mendatangkan kasih sayang antara kita.
"Sebab itu kalau dulu bila orang datang kenduri kahwin, mereka bagi duit tak? Tidak! Kita tanya pada zaman nenek moyang kita yang hidup pada zaman 20-an, zaman sebelum kedatangan Jepun. Ketika itu, orang yang tanam pisang, apabila hadir ke kenduri kahwin mereka akan membawa pisang, orang yang tanam ubi akan membawa ubi dan begitulah seterusnya.
"Itu zaman dulu, zaman sekarang kita sudah dimudahkan dengan duit. Maka, hadiahnya adalah dengan memberi duit. Hukumnya adalah harus dalam syarak.
"Yang tidak harus adalah apabila tuan rumah mahu hadiah dari orang lain. Contohnya, membuat kenduri kahwin dengan niat untuk mendapatkan duit daripada orang, maka pahalanya menjadi hangus.
"Jadi bagi duit adalah tidak salah. Kita bagi duit dengan anggapan sebagai kebesaran hari raya tidak dianggap kesalahan kerana umum perintah Rasulullah "saling beri hadiah, maka saling datang kasih sayang."
Ia memang budaya yang baik, namun menurut beliau, kanak-kanak silap kerana hanya mahukah duit sahaja, tapi tidak mengapa kerana mereka kanak-kanak, apabila mereka besar, sifat ini akan hilang dengan sendirinya.
"Ada ke orang tua dapat duit raya? Tidak ada! Inilah kesilapan kita yang memberi duit raya kepada kanak-kanak sahaja sehingga mereka menyangka hanya kanak-kanak yang sepatutnya dapat duit raya,.
"Duit raya perlu juga diberikan kepada semua peringkat umur, seperti kata Rasulullah saling memberi hadiah yang bermaksud tidak kira peringkat umur.
"Jadi raya selepas ini, kita bagi juga duit kepada orang tua, biar mereka rasa seronok," kata Ustaz Azhar Idrus seperti dipetik dari video ceramah di facebook.
Jadi selepas ini, boleh kita ubah adat kita. Bagi yang berkemampuan, boleh turut sama bagi duit raya kepada orang tua supaya mereka rasa gembira. Mudah-mudahan kita akan mendapat pahala dan mendapat rezeki yang lebih banyak.
iklan berbayar
iklan
You should see how my associate Wesley Virgin's story begins in this shocking and controversial video.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Wesley was in the military-and soon after leaving-he revealed hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get anything they want.
THESE are the same secrets lots of famous people (notably those who "come out of nowhere") and the greatest business people used to become rich and famous.
You probably know that you only use 10% of your brain.
Really, that's because most of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Perhaps this expression has even occurred IN YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about seven years back, while driving an unregistered, beat-up trash bucket of a car without a license and on his debit card.
"I'm absolutely fed up with living check to check! Why can't I turn myself successful?"
You've taken part in those conversations, am I right?
Your own success story is waiting to happen. All you need is to believe in YOURSELF.
Watch Wesley Virgin's Video Now!