Jack Ma baru-baru ini meramalkan beberapa perkara yang akan
terjadi 10 tahun kemudian di persidangan yang diadakan di Kang Zhou pada bulan
April lepas berdasarkan keadaan ekonomi China dan dunia.
Menurutnya, di China nanti, barangan yang paling murah akan
berubah 10 tahun kemudian. Barang-barang itu ialah:
1. Rumah
Luas tanah di China dengan reka bentuk rumah yang super
minimalis namun selesa akan membentuk satu kebiasaan di mana rumah-rumah kecil
yang boleh didiami oleh beberapa bilangan manusia. Ini akan mengakibatkan
kepada jualan rumah yang semakin mudah dicapai, semakin murah, dan hasilnya,
rumah akan menjadi barangan paling murah!
2. Kereta
Alat bergerak yang sangat diperlukan ini, suatu hari nanti,
pengeluaran kereta akan semakin mudah dan semakin terjangkau oleh semua orang.
China sendiri berkata mereka telah bersedia untuk menghasilkan 3 juta kereta!
Boleh bayangkan 10 tahun kemudian?
3. Wang
Wang, bukan lagi menjadi perkara yang sukar dicari. Kalau
kita teliti, zaman dulu, wang 1000 rupiah itu boleh digunakan untuk membeli
banyak keperluan, namun sekarang? Wang 50 ribu sudah menjadi standart “biasa”
di khalayak umum. 10 tahun akan datang, wang, hanya akan menjadi sebuah “alat”
saja.
Sebaliknya, apa yang akan jadi mahal?
1. Udara Bersih
Pelbagai jenis kilang dibina, asap dari kenderaan bermotor,
pembakaran hutan sehingga tiada udara yang segar, akan membuat udara di seluruh
dunia menjadi kotor dan akan ada perniagaan baru yang muncul, jualan udara
bersih. Untuk mencari udara bersih tidak lagi seperti sekarang, sangat susah
untuk kita mencari udara bersih nanti sehingga kita harus membelinya dengan
harga yang mahal.
2. Air Bersih
Air juga telah menjadi kotor oleh perbuatan manusia sendiri.
Sungai telah tercemar, tasik yang tidak lagi mengalirkan air bersih, semua itu
kerana kilang-kilang yang sembarangan membuang sisa-sisa kotor tersebut.
Dulu kita jarang mendengar berita air kotor di suatu negara,
namun pada tahun 2013, satu berita di mana air minuman di kedai 24 jam habis
terjual kerana negara itu mengalami krisis air. Bayangkan tahun 2023?
3. Makanan Sihat dan Bebas Kimia
Kerana ketamakan manusia sendiri membuat para penyelidik
akhirnya menggunakan pelbagai makanan dari bahan kimia membuat makanan yang
kita makan menjadi sangat hebat!
10 tahun kemudian, untuk mendapatkan makanan enak namun
bebas dari bahan kimia ini, akan menjadi sangat jarang berlaku!
4. Katil Hospital
10 tahun kemudian, kanser bukan lagi penyakit yang jarang
berlaku yang akan dialami oleh manusia. Hampir setiap keluarga akan menderita
kanser kerana makanan yang dimakan. Kerana kecenderungan sakit inilah, ramai
dimasukkan ke hospital, dan akan menjadi pengeluaran terbesar 10 tahun
kemudian.
Anda sudah bersedia dengan kehidupan 10 tahun kemudian?
Sehancur apapun dunia nanti jangan takut, percayalah para penyelidik akan
meneliti sesuatu untuk membantu kehidupan manusia!
Sumber: Pixp
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Barang Termurah 8 Tahun Ke Depan Adalah Rumah, Harga Rumah Pada Masa Depan Seperti Harga Bawang! – Jack Ma"
Post a Comment