Buatlah 5 Perkara Ini Untuk Langsai Hutang Dan Murah Rezeki.. SEBARKAN !!





Alangkah baiknya jika siang tiada kerana susahnya hati hendak berdepan dengan manusia. Begitulah keadaan orang yang berhutang. Hatinya tidak tenang. Lebih dibimbangi jika hutang masih tidak lunas semasa ajal menjemput.

Menanggung hutang yang banyak adalah satu beban yang berat. Diri menjadi seperti seorang hamba yang kehilangan kebebasan.
Buat apa sahaja termasuk sedang beribadah pun teringatkan hutang. Tidur tidak dapat merehatkan tubuh dan minda kerana sering terjaga dalam keadaan takut dan bimbang.
Alangkah baiknya jika siang tiada kerana susahnya hati hendak berdepan dengan manusia. Begitulah keadaan orang yang berhutang. Hatinya tidak tenang. Lebih dibimbangi jika hutang masih tidak lunas semasa ajal menjemput.
Lalu, sekuat hati berharap masalah hutang dapat diselesaikan. Pelengkap membayar hutang sudah tentulah dengan kemurahan rezeki. Setiap masa berharap Allah memurahkan rezeki. Maka, berikut adalah beberapa langkah untuk melunasi hutang dan memurahkan rezeki.

#1 – Doa

Perkara pertama ialah berdoa. Minta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar hutang yang ada mudah untuk diselesaikan. Bacalah doa setiap kali selepas solat.
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya (maksud):
“Rasulullah SAW telah memasuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan waktu solat?”
Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”
Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah r.a berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Dalam kisah yang lain, daripada Ali r.a bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata:
“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku!
Maka Saidina Ali ra berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu dia yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka, (iaitu) jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikannya untuk kamu?
Saidina Ali berkata: “Katakanlah: Maksudnya:
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selainMu.”(Riwayat al-Tirmizi)

#2 – Mengerjakan Solat-Solat Sunat

Solat-solat sunat merupakan solat tambahan kepada solat fardhu kita. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah, malah orang-orang soleh juga melakukan amalan yang sama. Selain kebaikan di dunia, solat sunat amat penting untuk memberi kebaikan di akhirat kelak. Antara solat sunat yang dianjurkan ialah solat tahajud dan solat sunat dhuha.
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
“Sesungguhnya pada waktu malam, terdapat satu waktu tiadalah hamba yang Muslim membetulinya dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah kecuali dikurniakan kepadanya yang demikian itu setiap malam.”(Riwayat Ahmad)
Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
“Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih itu adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.”

#3 – Mengelakkan Diri Daripada Mencipta Hutang Baru

Jika mahu melangsaikan hutang yang ada, prinsipnya adalah dengan tidak mencipta atau menambah hutang baru. Ini untuk memudahkan hutang yang lama diselesaikan dan tidak menambah beban baru kepada diri anda.
Selain itu, pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan anda. Ada kehendak yang tidak perlu dituruti. Buat satu bajet atau senarai perbelanjaan. Letak satu jumlah untuk pembayaran semula hutang anda selama tempoh tertentu dan konsisten dalam pembayaran.
Bincang pengurusan pembayaran hutang anda dengan pihak yang memberi hutang sekiranya anda mengalami masalah pembayaran.

#4 – Berusaha Mencari Rezeki Yang Halal

Doa perlu seiring dengan usaha anda dalam mencari rezeki. Cari rezeki yang halal untuk membayar hutang anda dan untuk menampung keperluan anda sekeluarga.
Usah terpedaya dengan kekayaan yang datang dari sumber yang diragui, diperolehi dengan jalan menipu dan menganiaya, atau dengan jelas adalah haram.
Walaupun anda benar-benar memerlukan wang, itu tidak bermakna anda harus mengikuti jalan yang dibenci Allah. Ini kerana, keberkatan rezeki adalah lebih penting berbanding memilkinya.
Rezeki yang tidak halal memberi kesan bukan sahaja kepada diri yang semakin jauh daripada Allah, hilang ketenangan, asyik berasa kurang, malah meragut keharmonian keluarga.

#4 – Memperbanyakkan Kebaikan

Jagalah dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Besar pahala melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Begitu juga dengan meringankan tulang membantu mereka yang memerlukan.
Mungkin ada jiran yang memerlukan bantuan anda untuk memperbaiki alatan di rumahnya yang rosak, seorang lelaki buta yang hendak melintasi jalan, membuang tin minuman yang dibuang di tepi jalan, atau kanak-kanak yang terjatuh semasa menunggang basikal.
Apabila anda ke masjid, masukkan sedikit wang ke dalam tabung masjid sebagai sedekah. Berilah walaupun sedikit kerana yang sedikit itu besar nilainya bagi mereka yang memerlukan dan besar maknanya untuk usaha dakwah. Jadilah manusia yang baik pada pandangan Allah SWT.

#5 – Menambah Istighfar Dan Zikir

Tiada manusia yang lepas daripada kesilapan. Namun, itu tidak bermakna tiada pengampunan daripada Allah. Malah, Allah amat luas pintu keampunannya untuk umatNya yang melakukan kesilapan dan dosa. Kita tidak mahu jarak kita dengan Allah menjadi jauh kerana dosa itu.
Dosa menyesakkan dada dan menyempitkan hidup. Oleh itu, perbanyakkanlah istighfar dan memuji Allah dengan zikir. Zikir paling mudah ialah ‘subhanallah’, ‘alhamdulillah’, dan ‘Allahu akhbar.’
Selain itu, bacalah Al-Quran sebaik-baiknya setiap kali selepas solat. Bukan sahaja kita memperolehi pahala, malah diri akan berasa tenang dengan membaca kalimah Allah SWT.


iklan berbayar




iklan

0 Response to "Buatlah 5 Perkara Ini Untuk Langsai Hutang Dan Murah Rezeki.. SEBARKAN !!"

Post a Comment