gambar adalah hiasan.
Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur'an.
Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.
Dinamakan Ummul Qur'an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.
Saya ada banyak menulis tentang fadhilat membaca surah al Fatihah, antaranya:
Baca Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Memohon Hajat
Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat. Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;
Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.
Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

iklan berbayar

iklan
Related Posts :
"WAHAI AYAH DAN IBU, NIKAHKANLAH KAMI" Dalam persoalan seperti ini, sebenarnya kita mengharapkan agar di pihak ibu bapa dan anak supaya d… Read More...
Ini 7 Jenis Saham Yang Menguntungkan Walaupun Anda Telah Meninggal Dunia"Tahukah anda, terdapat beberapa jenis ‘saham’ yang masih berterusan, sekalipun setelah kita meningg… Read More...
Mula Awal Pagi Dengan DoaUmmu Salamah meriwayatkan bahawa doa ini dibaca oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam setelah m… Read More...
Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua… Read More...
Barangsiapa Belajar 10 Ayat Ini Dengan MATA HATI, Dia akan Terlindung Dari Fitnah Dajjal !! Sila Sebarkan!!Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan… Read More...
0 Response to "Baca Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Meminta Hajat In Shaa Allah segala Hajat akan Dimakbulkan"
Post a Comment