Pembongkaran 5 Formula Kejayaan Tokoh Islam Dalam Bisnes





"Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Semuanya bergantung pada diri kita untuk memilih yang mana. Orang yang berjaya juga bukannya terus berjaya"



Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Semuanya bergantung kepada diri kita untuk memilih yang mana. Orang yang berjaya juga bukannya terus berjaya. Mereka pasti melalui pelbagai rintangan, masalah, halangan atau ujian dalam perniagaan yang dijalankan.
Suatu kejayaan itu sebenarnya lebih ‘manis’ untuk dirasai apabila sebelum itu kita melalui ‘kepahitan’ dalam menempuhinya.
Di bawah ini merupakan beberapa prinsip atau formula kejayaan tokoh dunia Islam yang boleh dijadikan inspirasi dalam dunia perniagaan mahupun dalam kehidupan kita;

#1 – Jujur

Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik dalam urusan perniagaan. Baginda seorang yang jujur. Prinsip inilah yang sepatutnya ada pada setiap usahawan atau ahli perniagaan bagi meraih kepercayaan orang sekeliling. Melalui kejujuran, sudah pasti kita akan disenangi pelanggan. Semakin banyak pelanggan, semakin untung perniagaan itu nanti.

#2 – Bersedekah

Abdurrahman bin Auf terkenal sebagai seorang yang dermawan dan hebat dalam perniagaan. Harta yang diperolehi daripada perniagaannya diwakafkan di jalan Allah s.w.t, bersedekah dan membantu orang lain yang lebih memerlukan.

#3 – Berani Tanggung Risiko

Al-Waleed bin Talal antara tokoh usahawan terkaya dari timur tengah, melalui syarikat miliknya iaitu Kingdom Holding Company. Syarikat ini aktif dalam bidang kewangan, perhotelan, media massa, hiburan, teknologi dan hartanah.
Pernah suatu ketika, beliau berkata; ‘Mungkin ketika ini kita dalam kerugian’. Tapi pada masa sama, dia merupakan pelabur jangka masa panjang. Ini bermaksud, prinsip saham yang dipegang al-Waleed bin Talal cukup kukuh.
Dia langsung tidak ternoda dengan harga saham yang turun dan naik. Pandangannya tajam dan yakin akan mendapat keuntungan.

#4 – Komitmen

Mohammed Hussein al-Amoudi, seorang pemuda kaya-raya yang lahir di Ethiopia, Mesir. Menurutnya, kekayaan yang dimilikinya selama ini adalah disebabkan komitmen yang dimiliki untuk meraih kejayaan. Dalam perniagaan, seseorang itu perlu memiliki komitmen yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukannya.

#5 – Berimaginasi

‘The man who has no imaginations has no wings’Muhammad Ali
Ada sesuatu yang menarik tentang Muhammad Ali, peninju dunia yang meninggal pada hari Jumaat tersebut. Di atas adalah merupakan salah satu kata-katanya yang bermaksud,
‘orang yang tidak memiliki imaginasi itu tidak memiliki sayap’
Contohnya, seorang usahawan ingin mencipta suatu produk. Dia perlulah berfikir secara kreatif dan berinovasi agar produk tersebut laku di pasaran.
Inilah beberapa kunci kejayaan dalam perniagaan yang dipegang oleh 5 orang tokoh dunia Islam di atas. Bukan sahaja dalam bidang perniagaan, kita juga boleh menggunakan prinsip mereka ini dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.
Apapun, untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita perlulah memiliki ilmu mengenai bidang yang kita ceburi itu. Dan, apabila sudah melangkah ke dalam bidang tersebut, perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.
“Kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha yang gigih”
Kata Motivasi
KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Marina M. Arus



iklan berbayar




iklan

0 Response to "Pembongkaran 5 Formula Kejayaan Tokoh Islam Dalam Bisnes"

Post a Comment