Mula Awal Pagi Dengan Doa





Ummu Salamah meriwayatkan bahawa doa ini dibaca oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam setelah mengucapkan salam pada solat subuh, di mana pada waktu tersebut setiap orang memulai aktiviti hariannya.



Setiap pagi, Nabi sallallahu alaihi wasallam selalu membaca doa ini:
اَللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amalan yang maqbul (diterima)”
HR. Ahmad (6/322)
Catatan:
Terdapat hubungan yang kuat antara makna yang terkandung dalam doa di atas dan waktu untuk membacanya.
Ummu Salamah meriwayatkan bahawa doa tersebut dibaca oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam setelah mengucapkan salam pada solat subuh, di mana pada waktu tersebut setiap orang memulai aktiviti hariannya.
Tiga perkara yang dipinta dalam doa di atas seolah menggambarkan sasaran utama yang harus dicapai seorang muslim dalam kehidupan sehariannya.
Seolah-olah dengan membaca doa di atas dia telah menentukan sasaran yang harus dicapai olehnya pada hari itu, sehingga dirinya terdorong untuk merealisasikan semua itu dibawah taufiq dan bimbingan Allah.
Berbeza dengan orang yang tidak memulai paginya dengan doa diatas. Langkahnya tidak menentu, hidupnya seolah-olah tidak memiliki arah tujuan yang pasti.
Wallahu a’lam
Selamat menjalankan aktiviti harian anda.
Sumber Gambar: EgyptToday


iklan berbayar




iklan

0 Response to "Mula Awal Pagi Dengan Doa"

Post a Comment