Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, ingatlah selalu akan kisah Abdul Rahman bin Auf r.a dengan kisah kurma busuknya.
Kata Rasulullah s.a.w, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya. Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.
Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.
Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma yang bagus.
Kesemuanya bersyukur.
Alhamdulillah, kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku gila! Diborong kesemuanya oleh Abdul Rahman bin Auf r.a
Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. Semua happy!
Sahabat lain gembira sebab ada sales. Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab jatuh miskin!
MasyaAllah hebat kan? Cuba kalau kita? Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.
Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk syurga dulu. Iyalah, sebab dah miskin. Subhanallah!
Namun perancangan Allah itu memang terbaik. Tiba-tiba, datang utusan dari Yemen membawa berita, Raja Yemen mencari kurma busuk.
Rupa-rupanya, di Yemen sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah kurma busuk!
Utusan Raja Yemen berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.
Allahu akbar.
Jadi yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?
Allah lah yang Memberi Rezeki.
Ibrah dari kisah ini sangat special buat sebab ia buat kita sangat yakin bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita tu, sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.
Kadang-kadang, keyakinan dalam hati kita tu yang belum cukup kuat dan bulat.
We plan, but Allah has also planned everything for us. If something goes wrong, it went wrong for a good reason.
Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji dalam perniagaannya.
Alhamdulillah.
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Kisah rezeki dari kurma busuk."
Post a Comment