7-Eleven merupakan sebuah kedai yang paling terkenal di dunia dan juga kedai runcit paling banyak dimuka bumi ini. 7-Eleven juga dipanggil 7-E merupakan francais dari Texas, Amerika Syarikat.
Sejarah penubuhan 7-Eleven ini bermula apabila Joe. E Thompson menjual susu, telur dan roti di Texas pada tahun 1927 . Pada mulanya, ia beroperasi pada jam 7 pagi hingga 11 malam dan disebabkan itulah namanya dipanggil 7-Eleven .
Pada tahun 1946, bermulalah secara rasminya kedai tersebut dikenali sebagai 7-Eleven. Kedai ini berkembang dengan maju apabila pada tahun 1952 ia telah membuka cawangan kedainya yang ke-100. Ia telah dikorporatkan sebagai Southland Corporation pada tahun 1961.
Setahun selepas diperbadankan, 7-Eleven telah mencuba formulasi dimana membuka kedai 24 jam di Austin, Texas dan pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort worth dan Dallas.
Pada tahun 1980, syarikat ini mengalami masalah kewangan yang mana telah menjual syarikat pembungkusan ais dan diselamatkan dari muflis oleh Ito-Yokado. Syarikat Jepun menguasai sepenuhnya 7-Eleven pada awal tahun 90-an yang mana membuat pembaharuan dimana membuka lebih 1000 francaisnya di Amerika Syarikat.
Salah sebuah produk yang sehingga kini 7-Eleven masih punyai dan amat popular adalah Slurpee yang telah membawa keuntungan berjuta dolar kepada 7-Eleven. Kajian mendapati Slurpee telah dijual sebanyak 188,883 gelas atau cawan di Kanada.
Jika dilihat di Malaysia, 7-Eleven mempunyai nilai komersialnya sendiri yang mana telah memberikan suatu perspektif baik kepada masyarakat tentang 7-Eleven. Ia juga menjadi pilihan ramai orang untuk membeli barangan seperti snek, rokok, minuman dan sebagainya kerana pilihannya yang banyak.
Ia juga menjadi tumpuan orang ramai yang mana ingin membeli barangan keperluan pada lewat malam tatkala kedai-kedai serbaneka yang lain sudah pun tutup. Mungkin ia salah sebuah tarikan apabila membuka kedainya 24 jam sehari.
7-Eleven juga menjadi sasaran rompakan dan jika diperhatikan, sudah banyak kali rompakan dilakukan di premis terutamanya pada waktu lewat pagi dimana tiada pelanggan di dalam kedai ini. Justeru ia membuka peluang kepada penjenayah untuk menyamun kedai ini dengan begitu senang kerana pintu sudah terbuka.
Sesuatu perkara yang kita tidak sedar tentang 7-Eleven adalah premis ini menjual minuman keras ataupun arak. Arak merupakan sejenis minuman yang mengandungi alkohol yang mana boleh memabukkan peminum.
Dalam agama Islam, meminum arak merupakan salah satu dari dosa besar kerana ia boleh membawa mudarat. Mudarat bermaksud keburukan dimana membuatkan peminum mabuk dan berkhayal sekaligus diklasifikasikan sebagai berada di dalam keadaan tidak waras.
Bila peminum berada dalam keadaan tidak waras, maka ia akan menjuruskan kepada keburukan dimana peminum akan melakukan perkara-perkara yang tidak akan dilakukan oleh peminum jika berada dalam keadaan waras.
Contohnya berkelakuan tidak sopan walaupun peminum tidak akan melakukan jika berada dalam keadaan waras. Memandu ketika mabuk juga boleh mengakibatkan kemalangan sekaligus akan dapat mengancam nyawa orang lain. Seorang Islam yang mabuk juga akan mengalami kesukaran untuk bersembahyang kerana kemungkinan tersilap membaca ayat dalam sembahyang.
Maka, Allah telah menurunkan ayat 90 dan 91 dalam Surah An-Nisa yang berbunyi ;
90. Hai orang-orang beriman, Sesungguhnya ( meminum ) khamar, berjudi, ( berkorban untuk ) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk dalam perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran ( meminum ) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu ( dari mengerjakan pekerjaan itu ).
Ringkas dan padat itulah yang penulis kata terhadap ayat al-Quran diatas ini dimana menghalang manusia untuk meminum arak. Ini kerana ia termasuk dalam perbuatan syaitan dan tidak memperoleh kebaikan.
Arak juga akan membawa kepada permusuhan dan kebencian di antara masyarakat seperti yang kita selalu lihat dimana orang bergaduh di night club dan kadang kala hingga menyebabkan kematian. Perkara-perkara seperti ini sudah pastinya dibuat dalam keadaan tidak waras akibat mabuk minum arak.
Oleh itu, terang-terangan Allah telah mengharamkan umatnya meminum arak kerana ia jelas sekali akan membawa kepada keburukan. Apa sangkut paut dengan tajuk '' 7-Eleven ... Pekerja Melayu Haram Bekerja ''.
Disini terdapat sesuatu hadis yang mana telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak. Rasulullah berkata ;
'' Diriwayatkan daripada Anas R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, orang yang memerah arak, orang yang meminta arak diperah untuknya, orang yang minumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil dari arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya. '' - Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
Dalam hadis tersebut ada suatu ayat berbunyi '' orang yang menjual arak ''. Salah sebuah produk yang dijual di 7-Eleven merupakan arak. Dalam hadis berkenaan, tidak dinyatakan jika hanya dijual kepada orang bukan Islam tetapi hanya berkata '' orang yang menjual arak '' sekaligus ia salah mengikut hukum untuk pekerja Melayu berkerja di 7-Eleven.
Kemungkinan kerana ia akan membawa kepada keburukan jika dijual maka Allah telah melarang ia dijual kepada sesiapa pun. Hadis tersebut juga berkata '' orang yang mendapat hasil dari arak '' dimana pekerja 7-Eleven sudah semestinya akan mendapat gaji yang mana diambil dari hasil keuntungan termasuk hasil penjualan arak.
Ketiga mengapa penulis mengatakan pekerja Melayu haram bekerja kerana sudah semestinya pekerja di 7-Eleven tersebut akan membawa karton-karton yang berisi minuman keras ke dalam peti ais . Di dalam hadis tersebut juga Rasulullah juga berkata '' orang yang membawanya '' . '' -nya '' dalam konteks itu merujuk kepada arak yang mana Rasulullah telah melaknat mereka yang membawa arak.
Maka kesimpulan yang boleh penulis katakan adalah janganlah umat Islam untuk terlibat dalam apa-apa perkara sekalipun yang bersangkut paut dengan arak kerana sesungguhnya ia amat tidak disukai oleh Rasulullah.
iklan berbayar
iklan
0 Response to "HARAM umat islam bekerja Di 7 ELEVEN"
Post a Comment