Bila Aku Ditakdirkan Untuk Berkulit Gelap





Saya seorang gadis yang dikurniakan kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik. Semua orang memanggil saya “Si Hitam” termasuk guru – guru saya.
Saya akui, kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik telah menjadi suatu bahan hinaan kepada saya. Itulah yang membuatkan saya berasa amat sedih..

Berkulit Gelap

Kulit hitam bukanlah aib. Di dunia ini, ramai sekali orang yang tidak mempunyai perasaan yang sama sekali dan selalu menyakiti orang lain dengan kata – kata yang menyakitkan telinga.
Dalam situasi ini, kita juga harus ingat bahawa kadang – kadang ada sebahagian orang yang tidak bermaksud untuk menyinggung, tetapi ada juga memang sengaja hendak menyakiti hati kita.
Terhadap orang yang sebegini, kita tidak perlu untuk menghiraukan hinaannya, serta tidak memberi kesempatan kepadanya untuk menyakiti dan melukai hati kita.
Inilah satu – satunya cara untuk melawan dan mencegahnya agar tidak mengulangi perbuatan itu. Jika kita tidak sama sekali menghiraukan ejekannya, maka dia akan merasakan tidak mampu lagi untuk memancing emosi kita.
Dan ini pastinya sudah menjadi kemenangan tersendiri bagi kita.
Selama orang yang kalah masih boleh tersenyum, maka pihak yang menang tidak akan merasakan nikmatnya kemenangan!
Setiap gadis hendaklah merasa bangga kerana telah diciptakan sebagai seorang manusia yang banyak mendapat nikmat dalam hidup ini, dan tidak perlu malu atas ciri – ciri fizikal yang dia miliki.
Yang perlu membuatkan kita merasa malu adalah akhlak yang tidak baik.
Berkulit gelap itu tidak sempurna?
No body’s perfect, tiada orang yang sempurna. Tidak diragukan lagi, seandainya kita disuruh memilih antara gelapnya kulit dengan gelapnya hati, kita akan memilih yang pertama.
Tiada orang yang tidak cantik di dunia ini. Semuanya cantik – cantik. Pilihlah baju yang berwarna tenang dan cerah. Selalulah melemparkan senyuman kepada orang lain.
Berbahagialah dengan kecantikan fizikal dan roh yang telah dianugerahkan Allah kepada kita.
Ingatlah, orang yang cacat sebenarnya adalah hanya terdapat pada diri mereka yang suka melukai perasaan orang lain. Dan orang – orang seperti mereka tidak layak mendapat perhatian daripada kita.
Sebaliknya kita harus bersyukur kepada Allah kerana tidak dimasukkan ke dalam golongan orang seperti mereka.
Berkulit gelap dan tidak cantik. Hal yang tidak indah
Kebanyakkan manusia selalu melupan hal terindah yang mereka miliki dan hanya memperhatikan kekurangan dalam diri mereka. Tidak ada orang yang mampu mendapatkan semua yang diingininya.
Berbahagialah dengan apa yang dimiliki dan berjuanglah sekuat tenaga menambah kebahagiaan itu, Jangan hiraukan mereka yang selalu melemahkan semangat dan memberi mereka ruang mengisi hidup kita. Hidup ini terlalu singkat.
Carilah kebahagian, keindahan serta kecantikan hati dan tubuh. Yakinlah bahawa kita mampu mendapatka semua itu!

Sumber : akuislam.com


iklan berbayar




iklan

0 Response to "Bila Aku Ditakdirkan Untuk Berkulit Gelap"

Post a Comment