Biasanya kurma hanya popular bila tiba bulan puasa. Waktu itu, iklan produk kurma bagai bermain-main di cuping telinga kerana setip hari dimainkan di radio. Dan ketika itu jugalah bermacam-macam jenis kurma dijual di pasaran. Ada yang murah, ada yang campuran gula merah dan ada juga yang harganya mencecah ratusan ringgit.
Sebenarnya buah yang kecil dan memang nampak tidak cantik luarannya ini mengandungi banyak khasiat. Oleh sebab itu kurma digelar makanan sunnah kerana Nabi SAW memang mengamalkan pengambilannya setiap masa.
Kajian dalam satu portal mendapati apabila kita mengamalkan pengambilan kurma dua biji selama seminggu akan memberi kesan seperti di bawah:
1. Boleh menjaga kesihatan jantung.
2. Dipercayai menurunkan risiko strok hingga 39 peratus jika amal pengambilannya dua biji sehari selama seminggu.
3. Serat pada buah kurma bukan hanya melancarkan sistem pencernaan tetapi juga menurunkan risiko masalah pada salur pencernaan.
4. Membantu kita mendapatkan tulang dan gigi yang sihat juga kuat. Kandungan zat besi dalam kurma juga dipercaya mampu menurunkan risiko anemia atau tekanan darah rendah.
5. Salah satu makanan terbaik untuk otak. Selain membantu kesihatan otak, ia juga akan mengelakkan risiko penyakit alzheimer dan sukar fokus.
6. Nutrisi pada kurma yang melancarkan sistem pencernaan juga akan membantu mengatasi masalah ciri birit.
iklan berbayar
iklan
0 Response to "Amalkan...Mampu Menangani Masalah Sembelit Dan Kurang Fokus,"
Post a Comment