Adab atau cara-cara sembahyang berjemaah








Adab atau cara-cara sembahyang berjemaah
Dalam sembahyang berjemaah, makmum hendaklah mengikut pergerakan imam hanya selepas imam selesai melafazkan takbir intiqalat (takbir antara rukun). Jika makmum bergerak bersamaan takbir imam, ditakuti pergerakan makmun itu lebih cepat dari imam lalu makmum akan mendahului imam dalam rukuk, iktidal, sujud dan seterusnya. Maka makmum hendaklah pastikan dirinya tidak bergerak sebelum imam selesai takbir intiqalatnya.

Contohnya: -
Setelah imam membaca surah, imam akan takbir intiqalat (Allahu Akhbar) ketika turun untuk rukuk. Makmum hendaklah tunggu sehingga takbir imam sempurna sebelum ikut takbir dan turun rukuk. Jangan bertakbir intiqalat bersamaan imam. Inilah yang dimaksudkan makmum mengikut imam dalam sembahyang berjemaah.

Adab atau cara-cara rukun qauli (bacaan) dalam sembahyang berjemaah.
1) Takbiratul ihram.
Yang dapat ikut takbiratul ihram imam ialah makmum muafiq. Biarkan imam melafazkan takbiratul ihram dengan sempurna dahulu, kemudian baharulah makmum muafiq masing-masing mengangkat takbiratul ihram beserta niat. Jangan bersamaan takbiratul ihram makmum dengan imam.

2) Surah al-Fateha.
Ketika imam membaca al-Fateha (secara kuat), makmum hendaklah mendengar. Setelah diaminkan al-Fateha imam, baharulah makmum membaca surah al-Fatehah masing-masing. Untuk bacaan al-Fateha yang tidak dibaca dengan kuat oleh imam, makmum hendaklah membacanya apabila telah berdiri untuk rakaat yang baru.

3) Tahiyatul akhir.
Imam tidak membaca tahiyat akhir dengan kuat. Maka makmum teruslah membacanya apabila telah duduk tahiyat akhir bersama imam.

3) Salam.
Setelah membaca tahiyat akhir, makmum hendaklah tunggu sehingga imam selesai memberi salam kanan dan salam kiri sebelum mula memberi salam.

Untuk makmum masbuq yang berhutang rakaat, apabila imam telah selesai memberi salam kiri, makmum masbuq jangan memberi salam tetapi hendaklah berdiri kembali untuk menambah bilangan rakaat yang tertinggal. Di akhir sembahyang itu, makmum masbuk hendaklah duduk tahiyat akhir dan baca tahiyat akhir lagi sebelum salam. Makmum masbuk tetap dapat pahala berjemaah bersama imam.

Adab atau cara-cara makmum masbuq masuk sembahyang berjemaah.
Bagaimanakah caranya makmum masbuq masuk ke dalam sembahyang yang sedang berjalan?

Makmum masbuq hendaklah bergabung dengan makmum muafiq di saf. Seseorang makmum itu dilarang sembahyang sendirian atau berjauhan dari jemaah kerana dia akan ditemani oleh syaitan. Jika saf telah penuh dan makmun masbuq itu lebih dari seorang, maka hendaklah mereka buat saf yang baharu. Jika makmum masbuq itu seorang, hendaklah dia menepuk (sekali sahaja) bahu seorang makmum di saf hadapan untuk membuat saf baharu. Makmum yang ditepuk bahunya itu hendaklah berundur ke belakang setapak demi setapak untuk berganding dengan makmum masbuq tadi.

Makmum masbuq memasuki sembahyang berjemaah dalam beberapa keadaan seperti berikut ini:-

1) Ketika imam sedang membaca al-fateha (atau surah)
Makmum masbuq hendaklah angkat takbiratul ihram beserta niat kemudian baca al-Fateha selepas imam selesai membacanya.

** Jika sebelum selesai makmum itu membaca al-Fatehanya imam sudah pun rukuk, makmum boleh meneruskan bacaaan al-Fatehanya jika yakin dapat ikut rukuk imam beserta tamakninah. Jika tidak yakin, maka hentikan bacaan al-Fateha dan segera ikut rukuk imam.

** Jika imam rukuk ketika makmum masbuq baharu hendak mulakan al-Fatehanya, maka dia mesti hentikan bacaan al-Fateha dan ikut imam rukuk.

Dalam kedua-dua keadaan ini, rakaat ini dikira sah untuk makmum masbuq tersebut dan tidak perlu baginya menambah rakaat itu. Bacaan al-Fatehanya ditanggung imam. Rakaat dikira sah jika makmum masbuq dapat membuat rukuk dan tamakninah bersama imam dalam satu rakaat.

2) Ketika imam sedang rukuk.
Makmum masbuq hendaklah angkat takbiratul ihram beserta niat. Kemudian terus rukuk tanpa perlu membaca al-Fateha.

** Jika dia dapat tamakninah (diam dalam rukuk bersama imam) sekurang-kurangnya 3 detik, maka rakaat itu sah dan tidak perlu ditambah di akhir sembahyang.

** Jika ketika hendak rukuk, imam pun bangun iktidal, hendaklah dibatalkan rukuk itu dan ikut iktidal imam. Makmum masbuq itu tidak dapat rakaat ini (tidak sah) dan wajib ditambah di akhir sembahyang.

3) Ketika imam sedang sujud / duduk antara dua sujud / duduk tahiyat
Makmum masbuq mempunyai 2 pilihan:-

1) Masuk sembahyang dengan bertakbiratul ihram beserta niat. Kemudian terus sujud dan ikut imam sehingga ke akhir sembahyang.

** Tunggu imam berdiri untuk mulakan rakaat yang baharu. Angkat takbiratul ihram beserta niat apabila imam sedang membaca al-Fateha. Kemudian ikutlah imam sehingga selesai sembahyang itu.

Bagi kedua-dua pilihan ini, makmum masbuq tidak dapat rakaat ini dan wajib menambahnya selepas membaca tahiyat akhir. Namun jika dia ikut imam duduk tahiyat awal, dia tetap dapat pahala tahiyat itu meskipun rakaat itu tidak sah baginya dan perlu diganti selepas imam memberi salam.


Makmum masbuq dalam sembahyang Jumaat.
Makmum yang tidak dapat satu pun rakaat sembahyang Jumaat dengan imam, mesti menggantikan dengan 4 rakaat setelah sembahyang Jumaat itu selesai.

Wallauhu'alam bisawab.

Advertise


Berminat dengan plan kewangan terbaik?
plan pengurusan tabung simpanan pendidikan anak2, plan pengurusan risiko perubatan dan plan simpanan persaraan.
Boleh whatsapp 011-21691878 untuk persaraan yang bergaya.

Sila nyatakan:

Nama Penuh:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Pendapatan Bulanan: 
No Telefon:
Kami akan janakan 'quotation' untuk anda!
Ferdaus mohamed,
011-21691878.
BBA(Hons) in Islamic finance,
Aia Takaful Life planner,

'pakar pengurusan risiko kewangan anda'


iklan berbayar




iklan

0 Response to "Adab atau cara-cara sembahyang berjemaah"

Post a Comment